Ini Sebab Yang Menghantui Dagangan Pound!

406

Pergerakan matawang utama terhad pada sesi Asia berikutan ketiadaan pemangkin yang jelas, sementara pasaran kini lebih berhati-hati menjelang penerbitan data pekerjaan NFP AS.

Ini memberi peluang buat US dolar untuk diperdagangkan lebih tinggi berbanding kebanyakan matawang utama. Indeks dolar diniagakan stabil di sekitar harga 91.89 setelah setelah melonjak tinggi pada sesi sebelumnya sehingga mencecah harga 92.00.

Matawang pound terus menyusut walaupun selepas Menteri Kesihatan UK yang baru, Sajid Javid mengatakan bahawa sekatan coronavirus akan tetap diangkat semula pada 19 Julai, kerana kerajaan tidak ada alasan untuk melanjutkannya lebih lama.

Namun begitu, situasi kesihatan semasa di negara itu tidak menunjukkan tanda-tanda keredaan dalam penularan virus. Pada hari Isnin, UK melaporkan sebanyak 22,868 kes coronavirus baru iaitu peningkatan satu hari terbesar dalam tempoh lima bulan, di tengah penyebaran varian delta.

Hal ini telah menekan dagangan matawang pound untuk diperdagangkan lebih rendah berbanding US dolar ke sekitar harga 1.38650 pada sesi Asia.

Sementara itu, matawang euro sedikit terkesan dengan kenyataan pembuat dasar Bank Pusat Eropah (ECB) Robert Holzmann yang mengatakan tidak ada ruang untuk menaikkan kadar faedah kerana inflasi yang lemah.

Selain itu, beliau turut menegaskan bahawa program pembelian kecemasan bon (PEPP) akan ditamatkan apabila keadaan darurat coronavirus berakhir, sesuatu yang tidak akan berlaku dalam masa terdekat.

Matawang Asia pula, dolar Aussie didagangkan di bawah tekanan di tengah lonjakan kes jangkitan coronavirus di beberapa negeri sehingga memaksa kerajaan memperketatkan sekatan pergerakan bagi membendung penularan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat