Ini Sebabnya Matawang Utama Gagal Mengukuh Dengan Vaksin Covid-19 Rusia

655

Matawang dan ekuiti didagangkan tinggi setelah disokong oleh data yang lebih baik daripada jangkaan serta laporan mengenai Rusia bahawa mereka sudah memenangi perlumbaan vaksin.

Walau bagaimanapun, vaksin yang diumumkan sebagai pertama di dunia itu, masih belum selesai menjalani percubaan fasa ketiga yang dianggap penting oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk ketepatan statistik.

Kini terdapat 8 vaksin lain dalam percubaan fasa ketiga iaitu dari Amerika Syarikat, AS/UK, Jerman dan China.

Ketidakpastian ini secara tidak langsung telah mendorong kenaikan semula dagangan matawang US dolar pada sesi New York dan terus didagangkan mengukuh sehingga ke sesi Asia hari ini.

Dagangan USD juga disokong oleh kenaikan terbesar dalam satu hari pada hasil perbendaharaan AS 10 tahun, menyebabkannya diniagakan lebih tinggi berbanding safe-haven yen.

Selain itu, indeks harga pengeluar (PPI) Amerika Syarikat yang diterbitkan semalam dengan angka yang lebih tinggi juga telah membantu pengukuhan matawang USD, meningkatkan lagi jangkaan bahawa indeks harga pengguna (CPI) pada malam ini untuk turut meningkat.

Sementara itu, setelah disokong oleh laporan sentimen ekonomi Jerman tinjauan ZEW yang melonjak ke tahap tertinggi sejak 2003, dagangan euro kembali didagangkan susut berikutan pengukuhan semula USD.

Pound sterling juga diniagakan tinggi pada mulanya tetapi dengan bacaan data pekerjaan yang bercampur-campur telah menahan matawang itu untuk meningkat dan menyusut pada sesi Asia hari ini.

Di samping itu, dagangan dolar Kanada antara yang paling kuat berbanding matawang utama lain kerana didorong oleh kenaikan sentimen pelabur dan data yang menunjukkan lonjakan yang tidak dijangka dalam permulaan perumahan, kembali diniagakan menyusut setelah kebangkitan semula USD.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat