Ini Sebabnya Unjuran Terbaru Dari IMF Menimbulkan Keresahan Dalam Pasaran!

641

IMF pada hari ini telah mengeluarkan laporan yang memberi pencerahan mengenai hala tuju ekonomi. Secara ringkas menurut IMF, gangguan rantaian bekalan yang berterusan dan tekanan harga mengekang pemulihan ekonomi global dari pandemik Covid-19. IMF juga telah mengurangkan prospek pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat dan negara lain.

Dalam laporan prospek ekonomi dunia, IMF memangkas ramalan pertumbuhan global 2021 kepada 5.9% daripada ramalan 6.0% yang dikeluarkan pada bulan Julai. Walaubagaimanapun, ramalan pertumbuhan global pada 2022 dikekalkan pada 4.9%.

Menurut IMF, “Prospek untuk kelompok negara membangun berpendapatan rendah telah menjadi samar apabila penularan pandemik semakin membimbangkan. Penurunan ramalan juga berdasarkan prospek jangka pendek yang sukar bagi kumpulan ekonomi maju, sebahagiannya disebabkan oleh gangguan bekalan.”

Kekurangan komponen utama seperti semikonduktor,kekurangan kontena kargo, dan kekurangan tenaga kerja disebabakan rantaian bekalan telah memberi kesan terhadap aktiviti pembuatan global.

Kesenjangan permintaan dan penawaran pula telah mendorong peningkatan harga dan secara tidak langsung telah mendorong kenaikan inflasi. IMF mengatakan, pihaknya menjangkakan inflasi akan kembali ke tahap pra-pandemik pada tahun hadapan dan dalam masa yang sama memberi amaran bahawa gangguan inflasi yang berterusan dapat menidakkan perkara ini.

Disisi yang berbeza IMF menyatakan pertumbuhan A.S. boleh menyusut lebih jauh kerana Kongres A.S masih belum mencapai titik temu dalam cadangan infrastruktur dan perbelanjaan sosial Joe Biden. Ramalan pertumbuhan ekonomi A.S turun kepada 6.0% daripada 7.0%.

Ramalan IMF untuk pertumbuhan Britain tahun ini turun hanya 0.2 mata kepada 6.8%, menjadikannya ramalan pertumbuhan terpantas dalam kalangan ekonomi G7.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat