Ini Sektor Jadi Tumpuan Penganalisis, Berbaloikah Buat Pelabur?

316

Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini seiring dengan prestasi di bursa serantau yang lain, berikutan kerugian semalaman di Wall Street yang mencatatkan penurunan terbesar satu hari dalam tempoh hampir tiga bulan.

Pada jam 9.09 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 12.80 mata kepada 1,502.60 daripada 1,515.40 ketika ditutup pada Khamis.

Menurut laporan Bernama, indeks utama dibuka 10.78 mata lebih rendah pada 1,504.62.

Pergerakan harga keseluruhan pasaran menyaksikan kaunter rugi mengatasi saham untung dengan margin yang tinggi iaitu 700 berbalas 52 manakala 198 kaunter tidak berubah, 1,076 tidak diniagakan dan 37 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 735.87 juta saham bernilai RM327.99 juta.

“Ia hari terburuk untuk saham sejak bulan Jun dan Wall Street yang paling teruk semalam dengan pelabur menjual saham masing-masing walaupun tiada alasan jelas mengapa mereka berbuat demikian.

“Tetapi secara teknikalnya, ia mungkin disebabkan perang dagangan AS-China yang tiada kesudahannya dan itu sebablah para pelabur memilih untuk membawa keluar pelaburan mereka,” kata beliau.

Dilaporkan produk yang dieksport dari China ke AS, termasuk pelitup muka pakai buang, alat pernafasan dan peranti penjejak Bluetooth hanya diberikan pengecualian jangka pendek tanpa sebarang penjelasan.

Sementara itu, firma broker Malacca Securities Sdn Bhd berkata, kemungkinan momentum menurun akan muncul memandangkan FBM KLCI gagal mempertahankan keuntungan pada sesi sebelumnya.

“Kami berpendapat kemudahruapan yang diperbaharui di seluruh ekuiti dunia mungkin akan menyebabkan bursa tempatan mengakhiri minggu urus niaga lebih lemah,” katanya.

Bagaimanapun, firma itu berkata harga minyak sawit mentah yang tinggi yang kini diniagakan melepasi paras RM2,800 satu tan boleh menarik minat dalam kalangan sektor perladangan.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank merosot empat sen kepada RM7.17, Top Glove turun 14 sen kepada RM8.23, Public Bank lebih rendah 18 sen kepada RM15.92 sementara Hartalega lemah 44 sen kepada RM13.42.

Saham-saham paling cergas, XOX jatuh setengah sen kepada 22.5 sen, Fintec turun satu sen kepada 15 sen dan Netx tidak berubah pada 1.5 sen.

Saham-saham paling untung, Kamdar mengukuh 25 sen kepada 47 sen, Amway menambah enam sen kepada RM4.95 dan kaunter berkaitan syarikat telekomunikasi Maxis mengukuh empat sen kepada RM5.08.

Saham paling rugi, Supermx-C90 jatuh 75 sen kepada RM4.00, Supermax susut 51 sen kepada RM9.63 dan Malaysian Pacific Industries 48 sen lebih rendah pada RM18.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 116.01 mata kepada 110,896.23, Indeks FBMT 100 kerugian 112.91 mata kepada 10,695.43 dan FBM 70 menguncup 236.46 mata kepada 14,372.09.

Indeks FBM Emas Shariah pula berkurangan 149.29 mata kepada 12,910.20 manakala FBM ACE lemah 230.18 mata kepada 10,620.51.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 101.67 mata kepada 12,545.99, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 2.14 mata kepada 135.36 dan Indeks Perladangan jatuh 18.97 mata kepada 7,108.89.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat