Ini Sektor Kripto Paling Menguntungkan Pada Separuh Pertama 2024!

554

“Wow terbaiklah, tak sangka RWA tertewas.”

Sektor pasaran masa wang kripto paling menguntungkan pada separuh pertama 2024 akhirnya didedahkan oleh data BitEye, CoinGecko dan Wu Blockchain yang menunjukkan memecoin berjaya merekodkan pulangan mengejutkan 1,834%.

Di tempat kedua adalah sektor tokenization real-world asset (RWA) yang memperoleh 214% kemudian projek blockchain artificial intelligence (AI) raih 72% manakala rangkaian infrastruktur fizikal decentralized (DePIN) yang melihat pulangan 59%.

Selain itu, platform layer-1 menjana 43% sementara sektor seperti gaming dan kewangan decentralized ketinggalan dalam persaingan tetapi tetap mencatat pulangan 19% serta 3% termasuk sektor layer-2 yang mengalami penurunan 41%.

Suka dimaklumkan juga Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) menunjukkan prestasi baik susulan masing-masing mempamerkan keuntungan year-to-date (YTD) kira-kira 45% serta 50%.

Peningkatan meteorik memecoin sebahagiannya disebabkan rangkaian Solana (SOL) susulan 541,000 projek token baharu pada Mei 2024 telah minted pada blockchain SOL ditambah pula selebriti dan influencer online seperti Andrew Tate berpusu-pusu ke rangkaian untuk lancar memecoin.

Menerusi pemerhatian, tiada analisis industri kripto boleh lengkap tanpa menangani sektor tokenization RWA sedang berkembang yang telah menjadi topik kegemaran pelabur institusi termasuk bank.

Dilihat secara meluas sebagai sempadan seterusnya bagi aset digital, tokenization RWA akhirnya dapat merangkumi kekayaan $874 trilion apabila dana pelaburan dunia, saham, bon, dana bersama dan hartanah turut beralih ke onchain.

Perlu diketahui projek seperti Chainlink (LINK) terus mengorak langkah ke arah membawa aset dunia ke blockchain dengan perkongsian baharunya yang mengutamakan pendigitalan kekayaan melalui teknologi distributed ledger.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat