Ini Situasi Semasa Pasaran Sebelum Digegarkan 2 News Besar

790

US dolar berlegar di sekitar paras terendah lima bulan berbanding kebanyakan matawang utama, ketika pelabur menantikan pengeluaran data inflasi AS dan mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) yang akan menggegarkan pasaran.

Hasil perbendaharaan AS 10 tahun pula bergerak lemah di bawah tahap 1.50%, bertentangan dengan kenaikan yang dipaparkan US dolar dan penurunan harga emas.

Walaupun US dolar meningkat, tetapi matawang itu masih didagangkan di sekitar paras harga yang hampir sama pada sesi sebelum ini.
Ketika penulisan, indeks dolar diniagakan di sekitar 90.18 berbanding pesaing utamanya yang lain.

Mengikuti perkembangan matawang Eropah, pound terus susut lebih rendah, dihimpit oleh kebimbangan mengenai terhadap penularan varian Covid-19 Delta dan perselisihan antara UK dan EU yang masih belum selesai.

Pound sterling didagangkan lemah di bawah paras harga 1.41000 berbanding US dolar ketika pasaran memasuki sesi Eropah.

Di sisi lain, dolar Aussie dan kiwi diniagakan sedikit berubah dengan pergerakan yang terhad, dengan tumpuan pasaran terarah kepada data tumpuan malam ini, indeks harga pengguna AS.

Dolar Kanada juga susut selepas kekecewaan daripada keputusan mesyuarat polisi Bank Pusat Kanada (BOC) yang tidak seperti diharapkan untuk melaksanakan lebih banyak pengetatan dalam dasar monetarinya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat