Ini Terjadi Pada Mata Wang Utama Bagi Dagangan Awal Minggu

310

Sentimen pasaran berisiko di awal minggu memberi kelebihan terhadap dagangan mata wang safe-haven seperti US dolar dan Yen sementara mata wang utama yang lain didagangkan merosot.

Indeks dolar berlegar di sekitar paras 96.50 setelah mencapai paras tertinggi 16 bulan pada minggu lalu susulan Federal Reserve (Fed) membuka laluan untuk tiga 3 kenaikan kadar faedah pada tahun 2022.

Perkembangan di Amerika Syarikat (AS), Senator Joe Manchin yang merupakan individu penting untuk pakej pelaburan domestik Presiden Joe Biden yang bernilai $1.75 juta menolak untuk menyokong pakej tersebut.

Kebimbangan terhadap risiko penularan varian coronavirus Omicron semakin meningkat mendorong pelabur lebih berhati-hati dalam membuat pelaburan.

Dengan tekanan tersebut, mata wang Euro dilihat antara yang menyerlah pada awal minggu apabila berjaya mencatatkan prestasi yang baik walaupun penganalisis menjangkakan akan mengalami penyusutan.

Pound juga turut pamerkan peningkatan pada sesi Eropah semalam, namun kembali menerima tekanan pada sesi New York semula.

Mata wang dengan prestasi tercorot pada awal minggu adalah dolar Kanada yang menerima tempias ekoran kemerosotan pasaran minyak mentah. Permintaan terhadap minyak dijangka menurun susulan terkesan oleh risiko penularan Omicron.

Dolar Aussie berkemungkinan akan bergerak suram selepas minit mesyuarat polisi bank pusat Australia diteliti pada laporan yang diterbitkan di awal sesi Asia.

Berdasarkan minit mesyuarat, ahli lembaga mesyuarat komited untuk mengekalkan dasar monetari yang menyokong ekonomi dengan kini berdepan pula risiko baru gelombang Omicron.

Pelabur komoditi berduka pada awal minggu menyaksikan dagangan emas mula berikan isyarat untuk kejatuhan nilai lebih rendah selepas susut di bawah paras $1,800 per auns semula pada sesi New York semalam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat