Ini Tiga Faktor Menyebabkan US Dolar Jatuh Sejak Rabu!

138

US dolar menjunam ke paras terendah dalam sesi dagangan Khamis selepas Setiausaha Perbendaharaan US (Menteri Kewangan), Steve Mnuchin gagal untuk menjelaskan lebih lanjut tentang perancangan ‘cukai fenomena’ Presiden Trump dalam temubual semalam. Matawang ‘greenback‘ juga terkesan daripada jumlah lebih tinggi dari jangkaan ‘jobless claims‘ pada minggu berakhir 17 Februari.

US dolar melemah berbanding pesaing utamanya iaitu matawang Euro dan Yen. Indeks US dolar mengukur kekuatan matawang ‘greenback‘ berbanding matawang utama yang lain mencapai paras terendah Khamis di sekitar 100.87.

Komen Steve Mnuchin di mana beliau mahu perubahan cukai yang signifikan diluluskan oleh Kongres sebelum Ogos tidak cukup bagi meyakinkan pasaran untuk membeli US dolar.

US dolar juga mendapat kesan dari minit mesyuarat FOMC yang dikeluarkan pada lewat Rabu. Minit tersebut dianggap sebagai mengecewakan dengan sedikit potensi kenaikan kadar pada mesyuarat Mac.

Selepas kejatuhan US dolar pada Khamis, matawang ini dilihat meneruskan penurunan dengan indeks US dolar kini jatuh dari paras tertinggi Jumaat 101.09 ke paras 100.77 ketika ini.

Pasangan matawang Usd/Jpy yang jatuh hampir 100 pip semalam juga meneruskan penurunan hari ini dan ketika ini sedang didagan di sekitar 112.26. Manakala Eur/Usd juga dilihat menuruskan kenaikan pada hari ketiga berturut-turut hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat