Ini Token Yang Diramal Meroket Selepas Twitter Mulakan Pembayaran Kripto

2,700

Jutawan Elon Musk yang baru-baru ini berjaya mengambil alih platform media sosial Twitter bakal mengintegrasikan pembayaran mata wang kripto dalam platform tersebut dalam masa terdekat ini.

Ekoran itu, Musk akan menyelidik secara mendalam berkaitan kripto tertentu yang berpotensi untuk diwujudkan dalam pembayaran Twitter serta bertindak melangsungkan yuran langganan terhadap para pengguna platform itu.

Difahamkan bahawa kebanyakan pengguna Twitter kurang berminat menggunakan perkhidmatan langganan tersebut, namun situasi mampu bertukar apabila kripto dibolehkan dalam pembayaran yuran langganan Twitter.

Malah, pakar sangat yakin model perniagaan berasaskan langganan akan membuatkan pendapatan Twitter meningkat tinggi serta mampu menyelesaikan masalah Twitter sebelum ini.

Secara konteks, Musk berhasrat mengeliminasi troll, akaun spam dan bot daripada Twitter agar pengguna memberi sepenuh kepercayaan kepada platform itu.

Diperjelaskan lagi, pembayaran kripto dalam Twitter turut memberikan impak positif kepada beberapa aset digital, antaranya adalah BUSD Binance, ulas influencer kripto Ran Neuner.

Manakala, meme Dogecoin (DOGE) dan Bitcoin (BTC) akan berpeluang menjadi kripto pertama yang akan dimasuki dalam pembayaran kripto susulan beliau memberi sokongan padu terhadap memecoin tersebut apabila membenarkan pelanggan membeli barangan Tesla menggunakan DOGE.

Selain daripada senarai kripto berikut, Twitter juga harus mempertimbangkan pertambahan Ethereum (ETH) dan Shiba Inu (SHIB) ekoran populariti yang diterimanya di kalangan para pelabur.

Pada sisi berbeza, Musk menjadikan dirinya sebagai pengarah tunggal syarikat Twitter sejurus selepas beliau memecat lembaga platform itu yang terdiri daripada sembilan ahli.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat