Ini Top 3 Altcoins Berpotensi Sambung Bullish Pada April 2023!

859

“Betul ke boleh naik? Tapi apa-apa pun pelabur kena la selidik dulu.”

Kebanyakan mata wang kripto tetap menyaksikan pemulihan harga walaupun ketika pasaran berada dalam pergerakan tidak menentu. Rentetan tu, berikut adalah beberapa altcoin yang dijangkakan berpotensi untuk meneruskan kenaikan harganya pada April 2023.

Solana (SOL)

Sejak Mei 2022, SOL yang berada pada paras $130 didapati secara berterusan menyaksikan pergerakan menurun sehingga hari ini, namun aset digital itu mampu melepasi $38 atau $48 jika harganya dapat tembus paras $26.

Sehingga kini, SOL menyusut sebanyak 4.46% pada paras $19.79 dalam tempoh 24 jam terakhir dengan modal pasaran $7 bilion dan harganya mampu melonjak lebih tinggi apabila dapat lepas paras disebutkan tadi ditambah pula mempunyai sentimen pasaran yang memberangsangkan.

Ripple (XRP)

Menjadikan zon $0.31-$0.30 sebagai sokongan asas, harga XRP menunjukkan corak double bottom pattern dalam carta rangka masa mingguan. Ini adalah dikenali sebagai corak reversal pattern, di mana harga melantun dua kali daripada paras sokongan mendatar yang sama menunjukkan pengumpulan aktif daripada pedagang.

Pada masa ini, XRP melonjak sekitar 5.29% didagangkan pada paras $0.47 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $24 bilion dan volum dagangannya pula $2 bilion sementara harganya meningkat 24.60% sepanjang minggu lepas.

Chainlink (LINK)

Sepanjang sepuluh bulan lepas, LINK melihat pergerakan harga mendatar apabila sentiasa berlegar pada paras $5.90 hingga $8.30, tetapi aset digital itu berkemungkinan mencanak lebih tinggi setelah melepasi $9.50.

Sementara para pelabur didapati mencari peluang ‘beli’ LINK apabila harganya menurun semula ke zon $5.50, di mana setakat ini aset digital tersebut tergelincir hampir 4.94% pada paras $6.83 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $3 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat