Ini Ulasan Gabenor Mark Carney Mengenai Kesan Coronavirus Kepada Ekonomi UK

245

Gabenor Bank of England (BoE) Mark Carney memberitahu bahawa UK perlu bersedia untuk berdepan dengan impak ekonomi akibat penularan wabak coronavirus.

Bank pusat dikatakan telah mengesan ketegangan dalam rantaian bekalan dan kejatuhan dalam beberapa aktiviti yang boleh menyebabkan penurunan, namun ia masih terlalu awal untuk menentukan bagaimana kesannya kepada UK.

Carney yang ditemubual oleh Sky News memberitahu bahawa bank pusat meramalkan pertumbuhan global mungkin lebih rendah daripada yang dijangkakan, dan UK juga akan turut terjejas sama.

Tambah beliau lagi, memandangkan situasi ini berkembang dengan cepat, BoE akan terus mengawasi bank-bank di UK untuk memastikan mereka kekal dalam keadaan baik sehingga tiada risiko COVID-19 yang boleh menjejaskan pasaran kewangan.

Pada Khamis, Ireland Utara telah mengesahkan kes jangkitan pertamanya dan ini menjadikan jumlah kes yang direkodkan di Britain kini meningkat kepada 16.

Mark Carney yang akan meletakkan jawatan sebagai Gabenor BoE dan digantikan oleh Andrew Bailey pada pertengahan Mac ini turut memberi pandangan beliau mengenai ekonomi UK selepas berlakunya Brexit.

Carney mengakui bahawa pasaran buruh di UK kini lebih kukuh manakala hutang isi rumah pula semakin berkurangan dan upah sebenar juga meningkat, namun produktiviti di negara itu masih kekal di tahap yang lemah.

Apabila ditanya mengenai sama ada Brexit akan menjejaskan ekonomi, Carney memberitahu ia masih terlalu awal untuk mengulas mengenainya kerana beliau berpendapat ekonomi akan melalui tempoh penyusunan semula.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat