Ini Ulasan Pengarah IMF Terhadap Wabak Koronavirus Yang Semakin Mengkhuatirkan!

1,080

Pada hari ini Pengarah IMF, Kristalina Georgieva mengeluarkan kenyataan bahawa dua minggu akan datang adalah detik penting untuk menentukan impak Koronavirus terhadap ekonomi.

Pada masa tersebut kilang-kilang di China akan beroperasi semula dan di saat itu kita akan mendapatkan data yang lebih menyeluruh untuk memahami impak koronavirus kepada China sebagaimana menurut Georgieva.

Tambah beliau IMF juga dalam masa yang sama meneliti impak koronavirus terhadap ekonomi di luar China namun dalam masa yang sama menekankan bahawa buat masa ini ia bukan isu utama. Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China pada hari Jumaat melaporkan tambahan 121 kematian di seluruh negara, dengan 5,090 kes koronavirus baru disahkan.

Georgieva memberi amaran dengan membandingkan virus koronavirus dengan wabak SARS yang pernah melanda dunia pada 2003. Beliau menjelaskan bahawa bukan sahaja ketegangan virus baru ini, COVID-19, berbeza tetapi disisi lain China dan ekonomi dunia juga berubah sejak wabak SARS. China pada ketika itu hanya mewakili 8% daripada ekonomi dunia semasa awal tahun 2000 dan kini ia telah mewakil sebahagian ekonomi global sebanyak 19%.

Justeru beliau berpendapat jika virus itu memberi impak yang buruk di China maka ia akan merebak ke negara lain terutamanya negara-negara Asia. Tambah beliau ekonomi global pada awalnya agak baik namun kini bertumbuh lebih perlahan.

Anda mungkin juga berminat