Ini Ulasan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) Mengenai Jangkaan Perdagangan Pada 2020!

354

Pada hari ini Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) telah mengeluarkan ulasan mengenai unjuran perdagangan pada tahun ini. Berdasarkan kajian yang dilakukan, pertumbuhan perdagangan barangan global dijangka akan lemah pada awal tahun 2020 dan prestasi boleh bertambah lebih buruk akibat penularan wabak koronavirus.

Menurut WTO, indikator perdagangan baranganya menurun daripada bacaan 96.6 kepada bacaan 95.5 sebagaimana yang dilaporkan pada bulan November lepas. Bacaan yang berada dibawah paras 100 membawa indikasi bahawa pertumbuhan perdagangan dibawah trend jangka sederhana.

Walaubagaimanapun seperti yang dinyatakan oleh WTO bahawa angka bacaan tersebut tidak mengambil kira perkembangan terbaru seperti penularan wabak koronavirus yang meletus pada tahap kronik pada bulan lepas. Dagangan barangan global jatuh sebanyak 0.2% setahun pada suku ketiga pada tahun 2019, namun terdapat kemungkinan terdapat peningkatan pada suku keempat. Bagi suku pertama 2020 data baru menunjukkan pemulihan bagi suku keempat tidak dapat dikekalkan dan data berkemungkinan mengalami kemerosotan.

Indikator prospek perdagangan WTO adalah komposit data mengenai pesanan eksport dalam kajian selidik perniagaan, pengangkutan udara, perkapalan kontena, pengeluaran kereta , penjualan dan perdagangan komponen elektronik dan bahan pertanian, khususnya kayu. Indikator hanya digunakan mengukur momentum dalam pertumbuhan perdagangan global.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat