Ini Yang Berlaku Dalam Pasaran Kewangan Global Setakat Petang Ini

96

Pasaran saham Asia didagang rendah berikutan prestasi pendapatan di Wallstreet yang kurang memberangsangkan menyebabkan pasaran saham US juga ditutup rendah pada Selasa.

Kini matawang GBP menjadi perhatian pasaran dengan lonjakan berterusan dalam sesi dagangan sebelum ini. Gbp/Usd kini didagang di sekitar 1.2900 selepas naik 400 pip semalam.

Daari segi data dan peristiwa ekonomi (economic event), pasaran hari ini akan memberi perhatian kepada harga pengguna CPI Zon-Eropah, komen dari Fed George dan Fed Rosengren, tidak lupa juga komen dari ahli ECB Couere.

Bagi US dolar, pasaran masih lagi mengambilkira maklumat yang diperolehi dari minggu lepas di mana faktor kelemahan data harga pengguna CPI. Tak lupa juga dengan ketegangan antara US dan Korea Utara yang masih berlarutan sehingga hari ini.

Pasaran saham Asia didagang rendah berikutan prestasi di Wallstreet di mana laporan pendapatan yang mengecewakan oleh syarikat berprofail tinggi di Amerika Syarikat seperti Johnson&Jonhson dan Goldman Sach yang sedikit memburukkan sentimen pelabur.

Hal ini menyebabkan tekanan kepada Nikkei 225 (tak berubah) dan ASX200 (-0.6%) ditambah lagi dengan harga komoditi yang lemah. Komposit Shanghai turut susut 1.0% dan HangSeng (-0.6%).

Dalam pasaran bon, bon kerajaan 10-Tahun Jepun (JGB) didagang tinggi yang mendapat permintaan pelabur kepada aset yang lebih selamat dan menolak hasil bon tersebut menghampiri 0.0%.

Di Eropah, Menteri Kewangan Jerman berpendapat kenaikan kadar ECB akan membantu mengurangkan lebihan dalam akaun semasa negara itu.

Theresa May kini dilihat di landasan terbaik untuk memenangi majoriti lebih dari 100 pada pilihanraya umum Jun menurut tinjauan yang dibuat oleh The Times.

Dolar Australia masih lagi di bawah tekanan berikutan kelemahan harga komoditi biji besi (iron-ore) yang meneruskan kejatuhan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat