Ini yang Berlaku Kepada Pasaran Forex Pada Awal Sesi New York

514

US dollar semakin kuat dan meningkat ke paras tertinggi empat bulan yang lalu berbanding enam matawang utama yang lain pada awal sesi New York pada Rabu. Greenback mengekalkan kedudukannya di paras tertinggi sejak daripada sesi Asia yang banyak dibantu oleh peningkatan Hasil Bon 10-tahun kerajaan AS (US 10-yr Treasury yield).

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain naik 0.45% setakat pada pukul 8.48 malam.

Dengan kenaikan Hasil Bon 10-tahun kerajaan AS yang melepasi paras 3.0% menyebabkan jangkaan terhadap kadar faedah The Fed semakin meningkat di masa akan datang. Jangkaan kadar faedah yang lebih tinggi di masa akan datang telah meningkatkan permintaan terhadap US dollar sejak daripada minggu lalu lagi.

Major pair EUR/USD  jatuh 0.42% dengan GBP/USD jatuh 0.26%. USD/JPY pula naik 0.36%, USD/CAD naik 0.41% dan USD/CHF naik 0.51%. AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merekodkan kejatuhan 0.53% dan 0.67% setakat pada pukul 8.53 malam.

Matawang paling kuat setakat ini adalah US dollar dan paling lemah adalah NZD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair NZD/USD jatuh sebanyak 0.67% setakat ini iaitu kejatuhan yang terbesar berbanding pair matawang yang lain.

Data-data ekonomi yang dikeluarkan pada Selasa menambah lagi jangkaan ekonomi Amerika Syarikat yang kukuh ketika ini. Indeks CB consumer confidence AS yang dikeluarkan pada Selasa merekodkan peningkatan dengan bacaan melebihi jangkaan.

Tumpuan pada baki dagangan minggu ini sudah tentu akan terarah kepada matawang Euro dengan mesyuarat European Central Bank (ECB) pada Khamis. Pasaran akan cuba meneliti apakah isyarat yang diberikan oleh ECB tentang halatuju pengetatan polisi monetari di masa hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat