Ini Yang Buatkan USD/JPY Turun Naik Dengan Cepat Semalam

318

Pergerakan harga carta pasangan mata wang USD/JPY pada Rabu semalam mula pamerkan aksi yang menarik selepas bergerak mendatar sejak awal minggu.

Kedua-dua mata wang US dolar dan Yen Jepun sebagai mata wang safe-havend dipengaruhi oleh sentimen semasa pasaran.

Meninjau petunjuk pasaran pada pasaran saham, ketiga-tiga indeks utama Wall Street telah mencatatkan penurunan untuk hari ketiga berturut-turut.

Oleh itu, dapat diperhatikan Yen berjaya mengukuh berbanding US dolar pada awal sesi New York semalam sementara pelabur berwaspada terhadap dagangan US dolar menantikan laporan minit mesyuarat FOMC terbaru diterbitkan.

Kenaikan harga dilihat pada mulanya pada sesi Eropah semalam pada carta USD/JPY ke paras 109.300 sebelum harga membuat penurunan sekitar 70 pips ke paras 108.600.

Namun situasi tersebut berubah pada setelah pelabur meneliti butiran minit mesyuarat FOMC yang menyaksikan US dolar kembali mengukuh semula.

Berdasarkan dokumen yang diteliti, ahli mesyuarat Federal Reserve (Fed) mengekalkan dasar monetari yang longgar, namun terdapat beberapa ahli pegawai yang bersedia untuk membincangkan langkah pengurangan pembelian bon (tapering) lebih awal.

US dolar kembali mengukuh dan harga melonjak semula di atas paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang memberi isyarat trend bullish.

Kenaikan harga yang diteruskan dilihat akan menuju ke paras sekitar 110.00 untuk menguji zon resistance tersebut.

Kenaikan lebih tinggi diunjurkan menuju paras ketinggian 111.00 yang merupakan zon rintangan harga pada dagangan Mac lalu.

Sebaliknya jika harga membuat penurunan semula, paras sokongan harga dilihat pada 108.500-108.200 yang bertindak sebagai zon RBS (resistance become support) pada dagangan terdahulu.

Penurunan lebih rendah boleh mencecah sehingga ke paras support 107.400 untuk harga mencatatkan paras terendah terbaru 4 minggu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat