Ini Yang Menjadi Pemacu Kepada Matawang Utama Pada Dagangan Penghujung Minggu

539

Sentimen yang menjadi penggerak kepada matawang utama pada dagangan penghujung minggu hari ini, didorong oleh perkembangan dalam keputusan pilihan raya umum UK dan perjanjian perdagangan Amerika Syarikat dan China.

Kemenangan mutlak Parti Konservatif dalam keputusan pilihan raya hari ini, menjadikannya ia sebagai kejayaan terbesar sejak tahun 1987. Ini menunjukkan penduduk Britain masih berkeras mahu meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) dan menamatkan ketidakpastian Brexit yang telah banyak menjejaskan ekonomi negara itu.

Matawang pound diniagakan mengukuh berbanding kesemua matawang utama dengan mencatat peningkatan lebih 2% berbanding dolar Amerika sejak keputusan exit poll meramalkan Parti Konservatif akan memenangi pilihan raya dengan majoriti terbesar.

Dagangan dolar euro juga meraih manfaat susulan kejayaan Parti Konservatif dengan diniagakan tinggi berbanding USD dolar dan mengukuh berbanding beberapa matawang utama lain.

Laporan yang menunjukkan terdapat perkembangan positif mengenai rundingan dagang antara dua negara ekonomi gergasi telah mengangkat sentimen buat dolar Amerika untuk diniagakan lebih tinggi berbanding matawang safe-haven yen.

Kenyataan optimis Presiden Donald Trump yang menyatakan perjanjiannya dengan China semakin hampir telah meningkatkan keyakinan pasaran bahawa kedua-dua negara itu akan mencapai kesepakatan dalam perjanjian seperti yang dilaporkan oleh sebelum ini.

Menurut sumber yang rapat dengan rundingan itu, AS dan China dikatakan telah mencapai kesepakatan perjanjian dan kini ia memerlukan persetujuan daripada Trump untuk menandatanganinya.

Walaupun laporan tersebut belum disahkan kesahihannya, ia cukup untuk memacu pengukuhan buat USD berbanding yen.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat