Ini Yang Terjadi Kepada Matawang Aussie dan Kiwi Menjelang Penetapan Kadar oleh Fed!

37

Dollar Australia didagang stabil berbanding US Dollar pada Rabu, manakala Kiwi bergerak lebih tinggi menjelang keputusan mesyuarat penetapan kadar Fed awal pagi esok.

AUD/USD hanya berubah sedikit kepada 0.7496.

AUD/USD, 30 minit

Pada awal pagi esok, Fed dijangka akan menaikkan kadar untuk kali pertama setelah kira-kira setahun menunggu masa yang sesuai.

Sementara itu, bank pusat AS akan mengumumkan ramalan ekonomi terkini bagi isyarat mengenai kenaikan kadar dan jangkaan inflasi pada tahun 2017.

Pelabur juga kekal berhati-hati dengan sebarang keputusan yang bakal diambil oleh Fed.

Kadar yang lebih tinggi akan mengukuhkan lagi nilai matawang gergasi.

NZD/USD melonjak sebanyak 0.21 peratus, tidak banyak berubah dari nilai tertinggi yang dicatat semalam.

NZD/USD, 30 minit

US Dollar index yang mengukur kekuatan matawang US Dollar berbanding matawang lain kali terakhir dinilai pada 100.90, menurun sebanyak 0.19%.

 

Jepun Merangka Perjanjian Perdagangan Bebas yang Baru Walaupun Tanpa TPP!

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat