Ini Yang Terjadi Kepada Semua Dagangan Matawang Utama Menjelang FOMC Khamis Ini!

38

US Dollar meningkat berbanding matawang utama yang lain pada Selasa menjelang minit mesyuarat terkini oleh Fed mengenai prospek kenaikan kadar tahun ini.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding enam matawang utama yang lain kali terakhir meningkat sebanyak 0.44 peratus kepada 101.36.

US Dollar meningkat berbanding Yen dengan USD/JPY meningkat sebanyak 0.43 peratus kepada 113.59 ke paras tertinggi dalam tempoh dua minggu.

Minit mesyuarat Fed bagi bulan Januari dijadual akan dikeluarkan pada Khamis (waktu tempatan). Pelabur bakal meneliti mesyuarat ini bagi mendapatkan isyarat terkini mengenai kenaikan kadar tahun ini.

Sebelum ini Fed meletakkan unjuran kenaikan sebanyak tiga kali pada tahun ini.

Dalam sesi ini juga, Euro menjunam sebanyak 0.57 peratus ditengah-tengah kebimbangan mengenai Brexit dan kejutan pilihanraya di Perancis.

Satu tinjauan yang dibuat pada Isnin menunjukkan Marine Le Pen merapatkan jurang dengan pihak lawan.

Sementara itu, Sterling didagang lebih rendah berbanding US Dollar dengan GBP/USD kehilangan kira-kira 0.3 peratus kepada 1.2422.

News Penting yang Berpotensi Memberi Impak Besar Buat Pasaran Minggu Ini (20-24 Februari 2017)

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat