Ini Yang Terjadi Pada Saham Apple Selepas Amaran Terhadap Wabak Koronavirus Dikeluarkan!

617

Penularan wabak koronavirus telah menyebabkan kekhuatiran oleh berbagai pihak terutama pemain pasaran. Pada hari ini saham Apple dibuka rendah dengan mencatat kemorosotan sebanyak 2.7% selepas pembuat iPhone memberi amaran bahawa jualan iPhone bakal merundum dan Apple berkemungkinan tidak dapat mencapai sasaran yang ditetapkan pada suku pertama tahun ini. Bagi kejatuhan jualan dalam iPhone,pertama adalah disebabkan kejatuhan jualan di China dan kedua adalah disebabkan kekangan pengeluaran dalam rantaian bekalannya.

Penularan wabak koronavirus telah mengakibatkan kematian sebanyak 1,800 orang, menyebabkan cuti tahun baru China diperpanjangkan dan perniagaan-perniagaan telah diarahkan tutup untuk tempoh yang lebih lama.

Menurut Apple, terdapat kemungkinan bahawa pulangan jualan akan lebih rendah daripada yang dijangkakan berikutan pemintaaan dan penawaran yang tidak seperti biasa. Syarikat Apple merupakan syarikat gergasi teknologi AS yang mempunyai pasaran yang besar di China iaitu sekitar 15% dan sebahagian besar produk yang dihasilkan termasuk iPhone dihasilkan di sana.

Walaupun kilang pembuatan produk Apple telah dibuka semula di China namun ia masih menunjukkan indikasi kekangan bekalan iPhone. Semua kilang dan kedai telah dibuka semula beroperasi dengan cara yang terhad dengan “trafik pelanggan yang sangat rendah” dan beri kesan kepada permintaan. Tamsilnya, penganalisis telah mengurangkan prospek pendapatan dan jumlah jualan iPhone untuk suku yang akan datang.

Barclays menjangkakan penghantaran iPhone pada suku Mac akan datang adalah sebanyak 40.8 juta unit berbanding unjuran sebelumnya iaitu sebanyak 44 juta unit. Bank tersebut juga telah mengurangkan prospek pada Jun dari 36 juta unit kepada 33.8 juta unit. Ia juga mengurangkan sasaran harga untuk saham Apple daripada $304 seunit hingga $297 seunit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat