Ini Yang Terjadi Pada USD Menjelang Penerbitan Data Inflasi AS

949

US dolar terus berlegar di sekitar paras terendah 2 setengah bulan berbanding sekumpulan matawang utama ketika pasaran menantikan penerbitan data inflasi AS pada malam ini.

Memasuki sesi Eropah, pergerakan harga masih lagi perlahan dengan kebanyakan matawang utama kembali memaparkan kenaikan.

Namun, kenaikan yang dipaparkan agak terhad berikutan pelabur mengambil langkah berhati-hati menjelang pengeluaran data inflasi AS.

Terdahulu, jangkaan inflasi yang lebih tinggi akan dicatatkan oleh ekonomi AS telah menekan perdagangan dalam pasaran saham, dan mendorong hasil perbendaharaan tahun untuk kembali meningkat.

Hasil bon 10 tahun yang kembali meningkat di atas paras 1.6% turut merangsang kenaikan US dolar sebelum terbantut pada sesi Eropah.

Sementara itu, matawang euro terus mempertahankan pengukuhan di atas harga 1.2100 berbanding US dolar walaupun sedikit susut pada awal dagangan hari ini.

Sekiranya bacaan inflasi gagal merangsang kenaikan US dolar, euro dijangka akan meningkat lebih tinggi.

Selain itu, dolar Aussie dan New Zealand dilihat bergelut untuk meneruskan momentum kenaikannya dengan terus diperdagangkan lebih rendah berbanding US dolar.

Dolar Kanada masih menguat di paras ketinggian 3 setengah tahun, disokong oleh pengukuhan harga minyak mentah dunia susulan prospek OPEC yang cerah terhadap permintaan bahan bakar global.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat