Inilah 5 Insiden Bersejarah Keruntuhan Harga Bitcoin (BTC)!

4,916

Pasaran kripto masih lagi berada dalam sentimen yang tidak mengujakan selepas penyusutan ke paras sekitar $32,900 pada malam tadi.

Tetapi mujurlah ketika penulisan, raja kripto ini mencatatkan peningkatan harga sebanyak 11% dan didagangkan pada $36,395 sejak rekod terendah harian semalam.

Hala tuju BTC juga dilihat sukar dijangka kerana apa-apa sahaja boleh memberi impak kepada harganya.

Berikut 5 insiden terbesar keruntuhan harga BTC yang pernah direkod:

19 Jun 2011

  • Harga BTC meningkat dari $2 kepada $32 dalam jangka masa setengah tahun.
  • Bagaimanapun, harganya susut ke paras sekitar $17.50 ketika berlakunya penggodaman di MtGox.
  • Insiden itu mengundang keruntuhan harga BTC sehingga 99.9% dalam sehari, kepada nilai $0.01.

Disember 2013

  • BTC menyentuh paras tertinggi sepanjang masa (ATH) dengan harga $1,151.17 pada 3 Disember.
  • Kemudian pada 17 Disember, harganya susut lebih daripada separuh rekod tersebut.
  • Keruntuhan harga ini berpunca daripada sekatan pertama China terhadap mata wang kripto – melibatkan arahan kepada seluruh institusi bank untuk tidak terlibat dengan aset kripto.
  • 2015 – keadaan BTC sangat tidak menentu sehingga harganya susut ke paras bawah $200.
  • Januari 2017 – barulah BTC menebus paras ATH yang direkod pada 3 Disember 2013.

Disember 2017

  • Sepanjang 2017, Bitcoin melonjak 20x ganda dan menyentuh ATH dengan rekod $19,497 pada 15 Disember.
  • 6 hari kemudian – BTC susut 29%, didagangkan pada $13,831 sebelum menjadi semakin keruh apabila aset ini susut di bawah $7,000 pada awal Februari 2018.
  • Sepanjang 2018, boleh dikatakan Bitcoin hanya bermain di paras harga $6,000 – $10,000.
  • Keruntuhan harga BTC rupanya ada kaitan dengan Ethereum yang mengesahkan ETH sebagai perak kepada Bitcoin, termasuk penawaran awal syiling (ICO) pada 2017 telah menarik pelabur utama untuk melabur ke dalam projek terbaru Ethereum.
  • Tahun ini jugalah Bitcoin disinonimkan sebagai ‘bubble’ yang sudah pecah.

10 Mac 2020

  • Insiden keruntuhan harga Bitcoin dikaitkan dengan penularan wabak COVID-19 hingga memaksa seluruh pasaran selain daripada kripto – runtuh.
  • Dalam sehari, harga BTC susut 37%, dari paras $7,911 kepada nilai $4,970.
  • Tetapi, penglibatan syarikat besar seperti MicroStrategy dan Tesla yang meletakkan Bitcoin dalam balance sheetmereka telah membawa BTC ke ATH dengan rekod atas $60,000 pada tahun berikutnya.

Mei 2021

  • Pada awal tahun 2021, pasaran kripto semakin berkembang dengan kehadiran pesaing Ethereum yang baharu – Solana, Compound, dan aset meme: Dogecoin (DOGE) dan Shiba Inu (SHIB).
  • Bitcoin melonjak ke ATH – $63,314 sebelum susut ke paras $58,803 pada 7 Mei, dan terus susut pada nilai $34,770 pada 22 Mei.
  • Dalam tempoh tersebut, nilai pasaran kripto susut mendadak dari paras $2.39 trilion kepada $1.58 trilion.

Terkini

  • Seperti yang dapat disaksikan, ketika penulisan Bitcoin didagangkan pada $36,369, meningkat hampir 3% dalam 24 jam.
  • Bagaimanapun, aset ini telah susut lebih 13% sejak seminggu lalu dan susut lebih 47% sejak ATH pada 10 November 2021.

Sekurang-kurangnya, keruntuhan harga ini tidak seteruk pada Jun 2011. Tetapi yang pasti, jika dilihat pada garis masa yang dicatat, setiap keruntuhan pasti akan berakhir dengan lonjakan harga yang luar biasa.

Cuma tunggu sahaja dan masanya akan tiba!

Jom sambung buat kerja, jangan tenung chart aje.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat