Inilah Entiti Dilabel ‘Boneka’ Kerana Masih Beli Minyak Mentah Rusia

27,706

‘Umpama ditelan mati emak, diluah mati bapak.’

Walaupun Australia, Britain, Kanada dan Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan terhadap minyak keluaran Rusia, namun terdapat beberapa ahli Kesatuan Eropah (EU) lain yang ‘enggan’ mengikuti tindakan tersebut.

Umum mengetahui bahawa pada Rabu lalu, Cancelor Jerman Olaf Scholz mengumumkan penamatan kebergantungan terhadap sumber tenaga keluaran Rusia, yang selama ini merupakan pengguna minyak mentah utama dari Moscow itu, sebagai tindak balas terhadap pencerobohan ke atas Ukraine.

EU yang mengimport kira-kira 27% minyak mentah Rusia juga bertindak untuk menghentikan pergantungannya.

Namun, terdapat pembeli-pembeli EU lain yang terpaksa membeli sumber tenaga tersebut dari Rusia ekoran amaran kekurangan bekalan yang boleh memberi kesan kepada sektor ekonomi lain.

China dan India dilihat masih membeli minyak mentah dari Rusia selepas negara-negara tersebut enggan mengkritik tindakan pencerobohan ke atas Ukraine, termasuk Turki yang turut sama membeli disebalik statusnya sebagai orang tengah antara Kyiv dan Moscow.

Berikut adalah syarikat-syarikat yang masih membeli minyak mentah dari Rusia walaupun terdapat sekatan yang rancak oleh kuasa-kuasa besar dunia.

  • Neftochim Burgas
    • Kilang penapis Bulgaria yang dimiliki oleh Lukoil Rusia dan mengimport 60% minyak mentah Moscow.
  • Mir
    • Kilang penapis terbesar Jerman yang mengimport 14% minyak mentah Rusia dan 24% dimiliki oleh Rosneft.
  • PCK Schwedt
    • Kilang penapis yang 54% dimiliki oleh Rosneft melalui saluran paip Druzhba.
  • Leuna
    • Kilang penapis di timur Jerman yang dimiliki oleh TotalEnergies melalui saluran paip Druzhba.
  • Hellenic Petroleum
    • Kilang penapis terbesar di Greece yang mengimport 15% minyak mentah Rusia.
  • ISAB
    • Kilang penapis terbesar Itali yang dimiliki oleh Lukoil dan dikawal selia oleh Litasco SA Switzerland.
  • MOL
    • Syarikat minyak Hungary yang kendalikan 3 kilang penapis di Hungary, Slovakia dan Crroatia melalui saluran paip Druzhba.
  • PKN Orlen
    • Kilang penapis terbesar Poland.
  • Zaaland Refinery
    • Kilang penapis Belanda yang dimiliki 45% oleh Lukoil.
  • Rotterdam Refinery
    • Klang penapis Belanda di Rotterdam, Exxon Mobil.
  • Hindustan Petroleum
    • Kilang penapis India yang mengimport 2 juta tong dari Russian Urals.
  • Indian Oil Corp
    • Kilang penapis terbesar India yang membeli 3 juta tong dari Russian Urals.

Berikut pula adalah antara syarikat-syarikat yang sudah mengesahkan penghentian kebergantungan terhadap minyak mentah Rusia.

  • BP
    • Kilang minyak dari Britain.
  • Eneos
    • Syarikat penapis dari Jepun.
  • ENI
    • Syarikat tenaga milik kerajaan Itali.
  • Galp
    • Syarikat minyak dan gas dari Portugal.
  • Equinor
    • Syarikat milik Norway.
  • Neste
    • Kilang penapis Finland.
  • Preem
    • Kilang penapis terbesar dari Sweden.
  • Repsol
    • Syarikat minyak milik Sepanyol.
  • Shell
    • Pedagang petroleum utama dunia.
  • Totalenergise
    • Syarikat minyak Perancis.
  • Varo Energy
    • Kilang penapis Switzerland.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat