Inilah Sebab Kejatuhan Matawang Euro dan Pengukuhan U.S Dolar

112

Matawang U.S dolar menyusut daripada paras tertinggi 3 bulan yang lalu pada hari Isnin. Hal yang sama turut berlaku pada matawang euro, apabila matawang tersebut menyusut pada awal pagi dan mula mengukuh sedikit berikutan kenyataan Bank Pusat Eropah (ECB) dan polemik di Catalonia, Sepanyol yang semakin memuncak.

Indeks U.S dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain menyusut sedikit sebanyak 0.02% kepada 94.70 setakat jam 3.00 petang berbanding bacaan tertinggi bulan yang lalu yang mencatat bacaan 95.15.

Euro mengukuh 0.06% kepada $1.1615 berbanding U.S dolar setakat jam 3.00 petang selepas mengalami penyusutan sehingga ke paras 3 bulan terendah pada hari Jumaat iaitu pada bacaan $1.1574.

Pada hari Jumaat, presiden Catalonia, Carles Puigdemont mengisytiharkan merdeka daripada Sepanyol , walaupun selepas mahkamah negara itu memutuskan undi pungutan suara yang diadakan sebelum ini, tidak sah. Namun pada hari Sabtu, kerajaan pusat mengarahkan pemilihan baharu dan melucutkan kuasa autonomi Catalonia selepas Parlimen Catalonia mengundi untuk mengisytiharkan kemerdekaan wilayah terbabit pada Jumaat lalu.

Selain itu, penyusutan Euro pada minggu lepas juga berikutan kenyataan ECB untuk melanjutkan tempoh pembelian aset kewangan namun dengan kadar yang lebih rendah (30 billion euro dari 60 billion euro) bermula Januari sehingga September 2018. Keputusan ini menyebabkan para pelabur menjangkakan bahawa bank pusat tidak akan menaikkan kadar faedah sehingga tahun 2019.

Menurut Masafumi Yamamoto, pakar penganalisis matawang. Polisi tersebut dilanjutkan oleh ECB bertujuan untuk mencapai sasaran inflasi yang ditetapkan.

Lanjut beliau, penyusutan Euro bertambah buruk berikutan situasi di Catalonia. Bagi beliau, Euro akan mengukuh semula apabila situasi di Catalonia semakin pulih.

Manakala situasi di U.S pula berbeza, Federal Reserve (Fed) dijangka akan meningkat kadar faedah seawal bulan Disember. Hal ini telah mendorong pengukuhan U.S dolar.

Data ekonomi pada hari jumaat menunjukkan Gross domestic product (GDP) yang meningkat 3.0% pada kadar tahunan bagi fasa Julai-September berbanding jangkaan penganalisis yang mensasarkan 2.5% peningkatan.

Menurut pakar ekonomi, peningkatan GDP pada suku tahun ketiga telah mengukuhkan lagi U.S dolar.

Selain itu, pengukuhan U.S dolar juga didorong oleh spekulasi bahawa Trump akan melantik calon yang lebih hawkish sebagai pengerusi The Fed akan datang. Trump dijangka akan mengumumkan keputasan beliau pada 3 November dan dikatakan beliau telah menyenarai pendek calon kepada 2 calon iaitu Jerome Powell (gabenor Fed) dan John Taylor (pakar ekonomi Universiti Standford) sebagai calon pengganti pengerusi The Fed.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat