Inilah Sebabnya Kenapa Whales Tinggalkan USDC!

263

Pendirian hawkish Federal Reserve (Fed) menyebabkan stablecoin kedua terbesar USDC menghadapi masalah dan turut mendorong kejatuhan harga mata wang kripto lain.

Menurut Geralt Davidson, bekalan USDC menurun secara berterusan disebabkan kebanyakan whales yang menjual USD Coins mereka di samping keputusan Tornado Cash juga yang menjadi penyebab kejatuhan tersebut.

Pejabat Kawalan Aset Asing Perbendaharaan AS telah menyekat Tornado Cash melakukan aktiviti pengubahan wang haram. Dan ini telah membuatkan Circle, syarikat induk USDC membekukan tokennya pada Tornado Cash.

Difahamkan, sesetengah pakar percaya bahawa USDC bakal mengambil kedudukan USDT sebagai stablecoin teratas menjelang Oktober 2022 kerana jumlah dagangan USDC di bursa sangat hampir dengan volum USDT pada Februari 2022.

Namun, USDC kini tidak mampu bersaing dengan USDT susulan paras pasarannya berjumlah $49.7 bilion berbanding USDT $68 bilion.

Sebagai konteks, USD Coin mengalami tamparan hebat sejurus selepas Binance dan WazirX menyahsenarai USDC daripada platformnya serta menghentikan deposit.

Malah, tindakan Fed yang meneruskan langkah hawkish pada dasar monetarinya mendorong penurunan pada tahap kepercayaan pelabur terhadap USDC.

Pematuhan USDC terhadap Tornado Cash juga menyebabkan pelabur merasakan USDC akan menyokong Central Bank Digital Currencies (CBDC) kerana tidak ada kaedah lain untuk FDIC, Federal reserve dan OCC akan memberikan kelebihan saingan kepada USD Coin tanpa sokongan CBDC.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat