Inisiatif Kerajaan Tarik Pelabur

289

Kerajaan bakal memperkenalkan dasar pelaburan negara baharu bagi menarik lebih ramai pelabur berkualiti tinggi ketika negara menuju ke arah negara berpendapatan tinggi.

Menurut Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, kertas kerja berhubung cadangan dasar berkenaan telah diluluskan dan disokong Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) dan akan dibentangkan kepada Kabinet pada bulan ini.

“Selepas perbincangan dan libat urus yang panjang bersama Bank Negara Malaysia (BNM), Kementerian Kewangan dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), kami berpendapat ini masa yang sesuai untuk kami memperkenalkan dasar pelaburan baharu ini.

“Tujuan aspirasi pelaburan negara ini adalah untuk menarik pelaburan berkualiti dan berteknologi agar kita boleh bersedia dengan tenaga kerja yang memenuhi permintaan industri,” jelasnya seperti dilaporkan oleh Bernama.

Tambah Mohamed Azmin, cadangan memperkenalkan insentif baharu bagi menarik pelabur asing ke negara ini telah diputuskan untuk dibincangkan secara lanjut dengan Kementerian Kewangan.

Dalam perkembangan berlainan, Mohamed Azmin memaklumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah meluluskan pelaksanaan inisiatif [email protected] yang akan dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam masa beberapa minggu akan datang.

Beliau berkata, inisiatif itu akan mewujudkan ‘gelembung industri’ dalam kalangan pekerja yang telah dikenal pasti sebagai kontak rapat dengan kes positif Covid-19 dan tempat kerja mereka bagi membolehkan industri berkenaan akan kekal beroperasi serta produktif.

“Kita akan asingkan pekerja yang mempunyai kontak rapat ini dan wujudkan ‘gelembung’ antara asrama dan kilang supaya pekerja akan dikendalikan dalam satu ‘gelembung’ yang telah dipersetujui.

“Industri ini akan terus beroperasi dan tidak terganggu selain mereka dapat meningkatkan pengeluaran serta produktiviti. Saya juga gembira inisiatif ini mendapat sokongan pihak industri,” ujar Mohamed Azmin.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat