Inix Bakal Kumpul RM4.48 Juta Melalui Pelaksanaan Tawaran Saham Persendirian

148

Inix Technologies Holdings Bhd bercadang untuk mempelbagaikan lagi operasi ke dalam perniagaan sarung tangan dengan melaksanakan penawaran saham persendirian.

Syarikat itu bakal menawarkan saham persendirian sebanyak 46.66 juta saham baharu bagi menjayakan hasrat yang ingin dicapai.

Menerusi kenyataan kepada Bursa Malaysia, penawaran saham persendirian tersebut bakal mengumpul hasil kasar sehingga RM4.48 juta berdasarkan kepada harga terbitan ilustratif 9.6 sen bagi setiap saham yang ditawarkan.

Syarikat itu juga merancang untuk mempelbagaikan pendapatannya dan mengurangkan pergantungannya kepada perniagaan teras sedia ada dikala cabaran yang lebih getir yang diterima daripada segmen teknologi maklumat dan komunikasi.

Setakat 19 Julai 2021, modal saham terbitan Inix ialah sebanyak RM64.47 juta yang terdiri daripada 466.60 juta saham Inix.

Menurut Inix, cadangan kepelbagaian yang ingin dilaksanakan adalah termasuk pembuatan, pemasaran dan dagangan sarung tangan.

Setiap hasil akan diguna pakai untuk memperluaskan lagi perniagaan sarung tangan yang bernilai RM4.249 juta dalam tempoh lapan bulan dan bakinya akan digunakan untuk perbelanjaan cadangan tersebut.

Kumpulan itu juga mempunyai perancangan untuk mengeluarkan sarung tangan lateks bagi penggunaan domestik sebagai permulaan dan akan meneroka jenis sarung tangan lain atau pasaran eksport lain pada masa akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat