Inovasi Kripto Colombia Peroleh ‘Lampu Hijau’ – Kini Rakyat Boleh Akses Pada Kripto Lebih Mudah!

511

Tidak lama lagi rakyat Columbia akan mempunyai pilihan baru dalam membeli aset kripto kegemaran mereka iaitu mereka kini boleh membeli kripto seperti semudah membeli barangan lain melalui akaun bank.

Bursa aset kripto yang dikawal selia oleh Gemini mengumumkan bahawa mereka akhirnya telah berjaya menyelesaikan semua langkah yang diperlukan untuk bergerak ke fasa pelaksanaan projek yang akan membolehkan rakyat Colombia membeli aset kripto dengan dana yang disimpan pada akaun Bancolombia mereka.

Pengumuman dan Jalinan kerjaama ini merupakat suatu berita yang positif dan penting untuk pembangunan industri kripto tempatan kerana Bancolombia merupakan bank terbesar di negara tersebut. Ia memiliki jumlah aset berjumlah $275.76 bilion pada 2020 dan lebih 16 juta pengguna pada tahun yang sama.

Langkah ini boleh ditafsirkan sebagai satu pemangkin yang akan membuka pintu berjuta-juta warga Colombia untuk terjun dalam dunia kripto walaupun pada ketika ini ia memiliki had bilangan pengguna. Gemini mahupun Bancolombia tidak menyatakan bilangan orang yang layak untuk perkhidmatan tersebut.

Projek ini dijangka akan berlangsung selama satu tahun, bermula pada 14 Disember 2021. Pada masa itu, semua pengguna yang layak akan dapat membeli bitcoin (BTC), Ether (ETH), Litecoin (LTC) dan Bitcoin Cash (BCH) daripada Gemini menggunakan akaun Bancolombia mereka.

Tamsilnya, Gemini akan mengendalikan proses yang melibatkan aset kripto, dan Bancolombia akan menangani semua perkara berkenaan pergerakan sebarang jumlah peso Colombia -mata wang rasmi negara itu. Projek ini juga telah mendapat kebenaran dilaksanakan dibawah kawal selia badan berautoriti. Hal ini merupakan salah satu cara untuk merangsang inovasi dalam perkhidmatan kewangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat