Instagram Ketatkan Langkah Perlindungan Bagi Remaja!

166

Ibu-ibu, bapak-bapak siapa yang punya anak tak perlu risau tuk tanggung malu kerna Instagram sudah menjaga anak mu – penulis INTRADAY.my yang suka menyanyi.

Instragram melaporkan pada Selasa bahawa ia akan lebih tegas mengenai jenis kandungan yang dicadangkan kepada remaja dalam aplikasi perkongsian foto dan akan mendorong mereka ke kandungan berbeza jika mereka memikirkan satu topik untuk masa yang lama.

Perkidmatan media sosial tersebut mengumumkan banyak perubahan untuk pengguna remajanya dengan Adam Mosseri, ketua Instagram, memberi keterangan dalam pendengaran Kongres pada Rabu mengenai melindungi kanak-kanak dalam talian.

Instagram dan syarikat induknya Meta Platforms Inc telah dipantau mengenai cara perkhidmatan mereka yang dipercayai boleh menyebabkan masalah kesihatan mental, imej badan dan keselamatan dalam talian pengguna yang lebih muda.

Adam Mosseri turut berkata Instagram sedang mematikan keupayaan untuk pengguna tag dan mention remaja yang tidak mengikuti mereka pada aplikasinya dan mulai Januari, pengguna Instagram remaja boleh memadamkan kandungan mereka secara pukal termasuk like dan komen yang lama.

Tambahnya lagi, Instagram sedang meneroka mengenai kawalan untuk mengehadkan bahan yang berpotensi berbahaya dan sensitif yang dicadangkan kepada remaja melalui fungsi carian, hashtags, video pendek Reels dan ciri ‘Suggested Accounts‘ termasuk halaman ‘Explore‘.

Pada Mac tahun depan Instagram akan melancarkan alat pengawasan bagi ibu bapa serta penjaga untuk melihat berapa banyak masa yang dihabiskan oleh remaja pada aplikasi tersebut dan menetapkan had masa.

Langkah itu menyusuli laporan Wall Street Journal yang mengatakan dalam dokumen dalaman yang dibocorkan oleh bekas pekerja Facebook Frances Haugen, menunjukkan syarikat itu tahu Instagram boleh memberi kesan kesihatan mental yang berbahaya kepada gadis remaja contohnya pada pandangan mereka terhadap imej badan sehingga peguam negara dan penggubal undang-undang negeri turut membangkitkan kebimbangan mengenai aplikasi berfokuskan kanak-kanak.

Bulan lalu, pakatan dwipartisan peguam negara Amerika Syarikat telah membuka siasatan ke atas Facebook kerana mempromosikan Instagram kepada kanak-kanak walaupun terdapat potensi bahaya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat