Intel Catat Laporan Pendapatan Mengerikan Pada Suku Ke-4

403

Intel melaporkan pendapatan terburuk pada suku keempat yang lebih lemah daripada jangkaan, mendorong saham susut ketara pada Khamis.

Mencerap laporan yang dikeluarkan, pendapatan Intel merosot 32% tahun ke tahun pada suku yang berakhir pada 31 Disember.

Ini menandakan penurunan suku keempat berturut-turut dalam jualan apabila pasaran komputer peribadi merosot daripada letupan permintaan ketika Covid-19 melanda.

Syarikat itu mencatatkan hasil sebanyak $14.04 bilion, berbanding $14.45 bilion seperti yang dijangkakan oleh penganalisis.

Sementara itu kerugian bersih pula dicatatkan sebanyak $664 juta, berbanding keuntungan $4.62 bilion pada suku tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Pat Gelsinger menggariskan beberapa faktor utama yang menyebabkan kemerosotan ini, iaitu kelemahan permintaan untuk produk semasanya dan prestasi dalam yang tidak cekap.

Beliau juga menekankan tentang keadaan yang tidak menentu dalam kewangan syarikat.

Rentetan daripada laporan tersebut, saham Intel jatuh mendadak sebanyak 9% dalam dagangan lanjutan pada Khamis.

Selain itu, saham syarikat mikrocip lain juga menyaksikan kejatuhan dengan AMD turun 2.6% dan Nvidia Corp susut 2%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat