Inventori Minyak US Menyusut Pasca Perjanjian OPEC

41

The Energy Information Administration (EIA) atau Pengurusan Informasi Tenaga melaporkan inventori minyak mentah yang jatuh sebanyak 0.9 juta tong minggu ini berbanding 1.3 juta penyusutan pada minggu lepas.

Data ini dikeluarkan setiap minggu oleh The Energy Information Administration (EIA) yang mengira perubahan dalam inventori minyak di US setiap minggu. Ia dikeluarkan selepas empat hari minggu tersebut berakhir.

Terdapat peningkatan pengeluaran mingguan 0.1% kepada 8.7 juta tong, walaupun pengeluaran masih melebihi 0.5 juta tong rendah berbanding minggu sama pada 2015.

Manakala data American Petroleum Institute (API) yang dikeluarkan pada Selasa juga merekodkan pengurangan. Gasolin pula meningkat sebanyak 2.1 juta tong dan paras terkini bacaan tahunan meningkat 4.3%.

Data secara keseluruhan adalah hampir dengan inventori yang dilaporkan oleh API. Pasaran memberikan tumpuan kepada mesyuarat OPEC pada semalam yang telah bersetuju untuk memotong pengeluaran minyak mentah dunia sebanyak 1.2 juta tong sehari.

Minyak West Texas intermediate (WTI) bergerak di sekitar $48.50 sejurus data EIA ini dikeluarkan semalam yang mana minyak mentah WTI telah pun melonjak 8% sebelum itu. Minyak WTI dan Brent hari ini meneruskan lonjakan yang didagangkan di paras $49.89 dan $52.40 setong pada masa artikel ini ditulis.

 

OPEC Mengeluarkan Indonesia Dari Keahlian

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat