Iran Cuba ‘Uji’ Kesabaran Biden

2,304

Sebuah pangkalan udara di utara Iraq yang menjadi penempatan pasukan tentera Amerika Syarikat telah menjadi sasaran serangan roket pada hari Isnin.

Serangan itu dilaporkan telah mengorbankan seorang kontraktor awam dan mencederakan lima orang, termasuk seorang anggota perkhidmatan AS.

Sekurang-kurangnya tiga roket telah dilancarkan ke pangkalan udara AS di ibu kota wilayah Kurdish, di mana dua roket dilaporkan telah mendarat di kawasan kejiranan Waziran yang terletak berhampiran dengan lapangan terbang Erbil.

Lapor Reuters, Saraya Awliya al-Dam sebuah kumpulan yang dipercayai mempunyai hubungan dengan Iran, mengaku bertanggungjawab atas serangan itu dengan mengatakan ia menyasarkan penduduk Amerika di Iraq. Bagaimanapun, ia tidak memberikan bukti untuk tuntutannya.

Sementara itu, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada lewat Isnin, Setiausaha Negara AS Antony Blinken mengatakan bahawa Amerika Syarikat ‘marah’ dengan serangan itu.

Blinken juga memberitahu bahawa beliau telah menghubungi Perdana Menteri Pemerintah Daerah Kurdistan, Masrour Barzani, untuk membincangkan mengenai kejadian itu dan berjanji memberi sokongan ke atas semua usaha untuk menyiasat dan mencari mereka yang bertanggungjawab.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat