Iran Dalang Sebenar Serangan Minyak Arab Saudi?

680

Berikutan dengan serangan kemudahan minyak Arab Saudi pada Sabtu lalu, Amerika Syarikat telah mengemukakan penilaian dan gambar satelit sebagai bahan bukti tentang penglibatan Iran dalam serangan tersebut.

Menurut pegawai pentadbirannya, serangan itu mungkin melibatkan gabungan dron dan peluru berpandu dan dipercayai tidak dilancarkan dari Yaman. Kumpulan militia Houthi yang disokong oleh Iran mendakwa bertanggungjawab sebaliknya Iran menafikan penglibatannya dalam insiden tersebut.

Walaupun begitu, satu analisis merekodkan bahawa Amerika Syarikat mengemukakan bukti yang tidak mencukupi tentang lokasi serangan dilancarkan, jenis senjata yang digunakan dan siapa yang melancarkannya.

Media akhbar Amerika Syarikat telah mengkaji gambar satelit yang dikeluarkan oleh pentadbiran negara itu yang menunjukkan kecanggihan serangan jauh menjangkaui serangan sebelumnya oleh militia Houthi, meningkatkan kemungkinan penglibatan Iran secara langsung.

Namun begitu, gambar satelit sahaja tidak cukup untuk dijadikan bahan bukti bahawa serangan itu jelas datangnya dari Iran atau Iraq dan jenis senjata yang digunakan.

Oleh yang demikian, isu ini masih lagi meninggalkan tanda tanya, siapakah yang sebenarnya menjadi dalang sebenar serangan itu.

Susulan insiden itu juga, Rusia dilaporkan bersedia menghulurkan bantuan kepada Arab Saudi jika diperlukan dengan menawarkan senjata negaranya untuk dibeli oleh Arab Saudi berikutan tahap kemampuan senjata mereka yang diyakini mampu melindungi kemudahan di Arab Saudi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat