Iran Dan Arab Saudi ‘Makin Panas’!

1,995

Iran hari ini dengan tegas menolak permintaan Arab Saudi agar negara-negara Teluk mengadakan perbincangan mengenai kemungkinan rundingan dengan negara republik Islam itu mengenai program nuklearnya.

Menteri Luar Negeri Saudi Putera Faisal bin Farhan pada hari Sabtu meminta agar kerajaan itu mengadakan perbincangan berkenaan kesan daripada rundingan dengan Iran.

Namun begitu, permintaan itu ditolak oleh jurucakap kementerian luar Iran, Saeed Khatibzadeh.

Selain itu, Iran juga mendakwa bahawa Riyadh membiayai ideologi ekstremis dan bertanggungjawab atas banyak masalah dunia Arab dan Islam.

Di samping itu,  Presiden terpilih AS, Joe Biden telah memberi isyarat bahawa beliau mahu Amerika Syarikat menyertai semula perjanjian nuklear Iran 2015 yang secara formal dikenali sebagai Pelan Tindakan Komprehensif Bersama, atau JCPOA.

Tambahan daripada itu, perjanjian tersebut telah mendapat sokongannya sejak 2018, namun Presiden AS Donald Trump menarik diri dan mula mengenakan sekatan terhadap negara republik Islam itu.

Oleh yang demikian, sejak 2019, Iran secara beransur-ansur menarik semula komitmen nuklear utamanya sebagai tindak balas terhadap sekatan itu dan mendedahkan ketidakupayaan Eropah untuk memberikan keuntungan ekonomi yang dijanjikan berdasarkan perjanjian itu.

Menurut Tehran, keputusan tersebut boleh ditarik balik jika pihak lain dalam perjanjian tersebut melaksanakan komitmen mereka.

Untuk pengetahuan semua, Arab Saudi yang diperintah Sunni telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran Syiah setelah para penunjuk perasaan menyerang misi diplomatiknya di republik Islam itu. Bahkan krisis berkenaan turut melibatkan konflik dari Syria ke Yaman.

Permusuhan antara kedua-dua buah negara didakwa semakin parah pada tahun lalu setelah serangan bertubi-tubi ke atas kapal tangki di Teluk, yang dikhabarkan berpunca dari Tehra walaupun Iran menafikannya.

Bukan itu sahaja! Iran turut menolak permintaan Jerman  untuk bersama dengan Britain, China, Perancis dan bagi menjalinkan perjanjian baru yang lebih luas yang akan merangkumi had program peluru berpandu balistik Tehran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat