Irashaimasen! Jepun Buka ‘Pulau’ Untuk Baiki Ekonomi Samurai

165

‘Banzai! Lepas ni ramai semula la orang lepak dekat Shibuya Street.’

Setahun selepas berlangsungnya acara sukan terbesar dunia Olimpik di Tokyo, Jepun bakal membuka semula pintu negara bagi memberi ruang pemulihan ekonomi.

Perkara tersebut didedahkan Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet, Seiji Kihara dalam satu rancangan TV tempatan di Jepun.

Menerusinya beliau mengatakan pihak berkuasa Jepun bersedia untuk mengurangkan sekatan sempadan negara kepada pelancong asing dalam memberi ruang kepada pertumbuhan ekonomi.

Tambah beliau lagi dengan faktor penyusutan nilai Yen, turun 1.7% berbanding dolar dalam tempoh 24 tahun, ia secara tidak langsung memberi ‘daya penarik’ kepada pelancong asing.

Berkesempatan itu lagi, Kihara turut memberi gambaran bahawa Jepun akan memansuhkan sekatan keseluruhan dalam masa terdekat ini.

Sebagai konteks, Jepun kini telah mengehadkan kemasukan pelancong sebanyak 50,000 orang sahaja sehari dan perlu mendapatkan pemandu arah ketika lawatan.

Dalam berita berasingan pula, kerajaan pimpinan Fumio Kishida mencadangkan pembatalan had ketibaan sama sekali yang akan membawa masuk lebih ramai pelacong dan memulihkan ekonomi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat