Ireland Berubah Hati? Ini Pendirian Terkini Bank Pusat Terhadap Kriptowang!

1,805

Ireland merupakan negara yang acapkali disamakan sebagai hab kripto. Kebanyakkan rakyatnya juga antara yang menaruh perhatian dan minat terhadap kripto. Walaupun begitu Bank Pusat sebelum ini tidak menyatakan pendirian mereka secara jelas mengenai kripto sehingglah hari ini.

Laporan terkini menyatakan Bank Pusat Ireland telah menyatakan bahawa mereka tidak akan membenarkan Dana Pelaburan runcit mendapatkan pendedahan langsung atau tidak langsung kepada kriptowang. Bank pusat menyatakan bahawa kriptowang memiliki risiko yang tinggi.

Namun begitu, Bank Pusat menganggap kripto sesuai untuk pelabur borong atau profesional yang boleh menimbang dengan betul risiko pasaran kripto itu sendiri.

Ireland sebelum ini telah menerima kripto di negara mereka sehinggakan bursa kripto terbesar dunia Binance merancang untuk menubuhkan ibu pejabat disitu. Risiko luar masih belum sesuai untuk pelabur runcit kata Bank Pusat Ireland. Kenyataan mengenai status terkini ini dibuat dalam Laporan Tinjauan Risiko Pasaran Sekuriti tahunan kedua Bank Pusat Ireland.

Bank menyatakan bahawa pada masa ini risiko yang wujud dalam pasaran kripto tidak akan membenarkan dana tersebut mendapat pendedahan langsung atau tidak langsung kepada kripto.

“Pada masa ini, walaupun aset tersebut mungkin sesuai untuk pelabur borong atau profesional, Bank Pusat berkemungkinan besar tidak akan meluluskan UCITS atau AIF Pelabur Runcit yang mencadangkan sebarang pendedahan (sama ada secara langsung atau tidak langsung) kepada aset kripto,” kata laporan tersebut.

Ireland telah menjadi salah satu negara yang lebih menerima kripto dalam dasar mereka. Dalam laporan itu, bank itu menyatakan bahawa kekangan utama industri kriptowang adalah sebahagian besarnya tidak dikawal. Walau bagaimanapun, ia mengiktiraf bahawa aset kripto adalah salah satu inovasi yang paling pesat berkembang dalam pasaran sekuriti negara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat