Isu Apa Pula? Ahli ECB Gesa Peraturan Global Lebih Ketat Terhadap Mata Wang Kripto

388

Pada hari ini, Fabio Panetta, ahli Lembaga Eksekutif Bank Pusat Eropah (ECB), telah mendesak peraturan yang lebih ketat terhadap mata wang kripto bagi mengelakkan sebarang jenis “ketidakstabilan dan ketidakamanan” kewangan.

Panetta merujuk kepada pertumbuhan pantas yang telah dicapai oleh pasaran kripto dengan penilaian $1.3 trilion, menunjukkan bahawa pasaran kripto pada masa ini lebih besar daripada mana-mana pasaran berisiko tinggi ketika krisis kewangan global 2008 bermula.

Beliau menyeru agar ada usaha yang diselaraskan secara global agar ia dapat menghantar mata wang kripto ke dalam rangka kerja kawal selia. Tambah Fabio Panetta, kita tidak boleh mengulangi kesilapan lalu dengan menunggu gelembung itu pecah sebelum bertindak.

Panetta secara peribadi berpandangan bahawa lonjakan dalam pasaran kripto adalah berdasarkan spekulasi dan menjanjikan pulangan yang tinggi. Namun begitu terdapat kelemahan dalam pasaran kerana pelabur melabur tanpa perlindungan.

Panetta mengakui bahawa walaupun mata wang kripto bukan hanya semata-mata pelaburan spekulatif dan berisiko tinggi, namun turut menawarkan peluang lain. Walaubagaimanapun, beliau berhujah bahawa ia boleh menjejaskan dasar negara dan kestabilan kewangan dunia.

Panetta juga menjelaskan bahawa ‘stablecoin’ menimbulkan risiko kepada negara-negara Eropah. Menurut Panetta, ketidaktentuan dan kekurangan sokongan yang betul menghalang mata wang kripto daripada memenuhi tujuannya, iaitu untuk memudahkan pembayaran atau menjadi pengganti mata wang tradisional.

Lanjut beliau, mata wang kripto terlalu tidak menentu untuk melaksanakan tiga fungsi wang: medium pertukaran, simpanan nilai dan unit akaun. Panetta mencadangkan kawalan yang lebih besar dalam pendekatan pengawalseliaan global. Beliau menyatakan kebimbangannya tentang bagaimana negara yang telah mengharamkan mata wang kripto tidak dapat memastikan mandat mereka berkesan 100%.

 

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat