Isu Brexit Makin Panas! UK Berbalah Dengan Perancis Pula

234

Isu pasca-Brexit semakin panas apabila Britain dan Perancis sekali lagi bertelagah mengenai hak penangkapan ikan, di mana kedua-dua pihak saling menyalahkan antara satu sama lain.

Pada hari Ahad, Perdana Menteri UK Boris Johnson dan Presiden Perancis Emmanuel Macron telah bertemu untuk membincangkan isu ini.

UK mengatakan kini terserah kepada Perancis untuk berundur daripada ancaman berhubung akses pelabuhan.

Bagaimanapun, Macron mengharapkan tindak balas positif daripada Britain atau Perancis akan mencetuskan tindakan balas perdagangan yang lebih buruk pada minggu ini.

Perbalahan itu berlaku menjelang hari Selasa, iaitu tarikh akhir untuk lebih banyak permit diberikan untuk bot nelayan Perancis beroperasi di perairan UK dan jika tidak, bot nelayan UK boleh dihalang dari menggunakan beberapa pelabuhan di negara itu.

Selepas pertemuan pada hari Ahad, pegawai Perancis mengatakan kedua-dua pihak bersetuju untuk mengambil langkah yang praktikal dalam menyelesaikan isu tersebut.

Namun begitu, kenyataan tersebut dinafikan oleh Downing Street yang mengatakan tiada langkah telah dipersetujui susulan pertemuan itu.

Sementara itu dalam laporan berasingan, Naib Presiden Suruhanjaya Eropah Maros Sefcovic menuduh UK cuba mencetuskan perbalahan Brexit dan menggesa perunding UK, David Frost untuk berundur.

Beliau juga meminta UK mempertimbangkan semula cadangan EU untuk mengurangkan pemeriksaan ke atas barangan dari Britain yang memasuki Ireland Utara di bawah protokol perdagangan itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat