Isu Brexit Terus Runsingkan Theresa May, GBP/USD Bakal Menjunam 150 Pips

1,073

Dagangan Pound Sterling pada sesi Eropah hari ini dilihat terus merosot dengan penurunan harga ditunjukkan berbanding matawang utama yang lain.

Kedudukan Perdana Menteri Britain, Theresa May semakin goyah selepas kegagalan beliau mendapatkan majoriti undian untuk “indicative vote” semalam di Parlimen. Ini membuatkan isu Brexit terus kekal buntu memberikan isyarat yang jelas terhadap hala tuju pengakhiran Brexit.

Keputusan seterusnya terletak di tangan parti DUP Ireland Utara sebelum beralih ke undian seterusnya, semakin berisiko setelah laporan mengatakan parti tersebut berkemungkinan tidak akan menyokong pelan perjanjian Brexit PM May.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/USD, harga yang membuat kenaikan pada sesi Asia pagi tadi kemudiaannya menguji paras Magic Pivot 1.3194 sebelum membuat penurunan pada awal sesi pasaran Eropah.

Sentimen semasa buat USD juga masih menyokong untuk matawang tersebut kembali mendapatkan momentum kenaikan selepas didagangkan lemah sebelum ini.

Penurunan harga petang ini menuju ke paras support 1.3118 (MagicS1) pada indicator Moshed Magic Line yang juga merupakan zon tumpuan harga pada GBP/USD.

Penurunan lebih rendah harga dijangka akan ke paras support 1.3078 (MagicS2) sebelum destinasi tumpuan seterusnya adalah di sekitar support 1.30000 dengan mencatatkan hampir 150 pips penurunan harga.

Namun, jika harga kembali membuat kenaikan semula, paras resistance pada 1.3234 (MagicR1) dilihat antara paras yang akan diuji untuk ditembusi harga dengan kenaikan mencapai 100 pips pergerakan harga ke paras tersebut.

Lihat gambar chart pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko pada posisi dagangan.

Paras support: 1.3118, 1.3078, 1.3002.

Paras resistance: 1.3234, 1.3310, 1.3350.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat