Isu Buruh Malaysia Akan Mereda, Kumpulan Pertama Pekerja Asing Sudah Tiba

246

‘Ok ke rakyat Malaysia dengan kemasukan lagi banyak pekerja warga asing ni?’

Kumpulan pertama pekerja warga asing yang tiba ke Malaysia baru-baru ini dijangka akan mengurangkan tekanan masalah kekurangan tenaga buruh di ladang sawit mentah negara.

Ketibaan kumpulan tersebut telah disahkan oleh duta besar Indonesia ke Malaysia, Hermono yang menyatakan para pekerja warga asing telah selamat sampai ke semenanjung negara hari ini.

Dalam pada itu, firma penyelidikan MIDF Amanah Investment Bank Bhd melaporkan bahawa jumlah buruh Malaysia semakin kecil dengan berlaku penurunan sebanyak 1.8% pada 2020 dan 2.9% lagi semasa 2021.

Antara faktor utama penurunan jumlah peratusan adalah kerana hampir 100,000 pekerja meninggalkan bidang pekerjaan mereka sejak pandemik Covid-19 melanda 2 tahun lalu.

Firma penyelidkan tersebut turut menggariskan jumlah pekerja asing meliputi 10% jumlah tenaga buruh di Malaysia.

Selain itu, nota MIDF melaporkan bahawa kadar pengangguran Malaysia dijangka menurun 3.8% pada tahun ini berbanding 4.6% tahun lalu.

Perkara ini  secara tidak langsung menandakan pembukaan semula sektor domestik dan asas ekonomi yang kukuh akan menyokong pertumbuhan negara menjelang 2023.

Namun, unjuran kadar pengangguran kekal tinggi pada 3.4% berbanding masa sebelum pandemik.

Di sisi berbeza, bagi 4 bulan pertama 2022 kadar pekerjaan tumbuh 3% tahun ke tahun dan pengangguran jatuh 12.6% tahun ke tahun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat