Isu Etnik Uighur, Malaysia Takkan ‘Bagi Muka’ Pada China!

377

Malaysia tidak akan memenuhi permintaan untuk mengembalikan semula etnik pelarian Uighur ke China dan akan membenarkan mereka masuk ke negara ketiga sekiranya keselamatan mereka tergugat.

Selain itu, Asia Tenggara telah menjadi tempat transit pilihan ke Turki bagi etnik Uighur yang beragama Islam untuk melarikan diri kerana berhadapan dengan penindasan dan penahanan besar-besaran oleh pemerintah China.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohd Redzuan Md Yusof, berkata Malaysia menghormati hak negara berdaulat untuk menguruskan hal ehwal dalaman mereka sendiri, walaupun menyedari bahawa etnik Uighur menghadapi penindasan di China.

Menurut menteri berkenaan, jika ada pelarian Uighur yang melarikan diri ke Malaysia untuk perlindungan, Malaysia telah memutuskan untuk tidak memindahkan semula pelarian Uighur walaupun ada permintaan dari China. Bahkan mereka diizinkan untuk berpindah ke negara ketiga jika mereka bimbang akan faktor keselamatan atau berpotensi menghadapi penganiayaan, seperti yang dialami di negara asal mereka.

Walau bagaimanapun, Kedutaan China di Kuala Lumpur tidak mahu memberikan apa-apa respon berhubung isu berkenaan.

Pada bulan Oktober 2018, pihak berkuasa Malaysia telah membebaskan 11 orang Uighur dari tahanan dan menghantar mereka ke Turki, walaupun ada permintaan dari China untuk mengembalikan mereka. Meskipun China menentang tindakan itu dengan tegas, tetapi Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Tun Mahathir Mohamad mendedahkan bahawa mereka yang dibebaskan tidak melakukan sebarang kesalahan di Malaysia.

Selain itu, beliau turut mengatakan bahawa Malaysia adalah negara yang terlalu kecil untuk berhadapan dengan China berkaitan isu etnik Uighur.

Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 1 juta etnik Uighur dan Muslim lain telah ditahan oleh China untuk menjalani latihan yang dikenali sebagai “pusat latihan vokasional” untuk membasmi ekstremisme dan memberi pendedahan kepada mereka tentang kemahiran baru.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat