Isu India-Pakistan Menimbulkan Kegelisahan Dalam Pasaran

726

Matawang dolar USD menunjukkan pergerakan yang sederhana sementara pasaran menunggu laporan data perumahan di Amerika Syarikat pada jam 9.30 malam. Kemudiannya, data tinjauan keyakinan pengguna di Amerika Syarikat akan turut dikeluarkan pada jam 11 malam nanti.

Sentimen risk-on pasaran dilihat semakin pudar ditambah pula dengan laporan pertelingkahan di antara India dan Pakistan. Ketegangan mulai timbul melibatkan isu Line of Control (LoC) iaitu garisan sempadan yang memisahkan dua negara tersebut.

Turut didakwa berlaku serangan senjata oleh pasukan tentera udara India ke atas Pakistan. Berkemungkinan kebimbangan yang timbul akan mula kembali mengubah sentimen pasaran dan membuatkan matawang safe-haven Yen dan USD terutamanya akan kembali mendapat permintaan.

Manakala matawang Euro pula masih didagangkan agak berisiko dengan ketiadaan data tumpuan yang menyokong kestabilan pada zon Eropah. Tempias isu Brexit akan turut mempengaruhi dagangan semasa Euro.

Diperhatikan pada pergerakan harga chart pasangan matawang EUR/USD, sejak dagangan minggu lalu, harga masih bergerak di antara julat harga 1.13300 dan paras resistance 1.13700.

Dagangan hari ni menyaksikan harga turun menguji paras Magic Pivot 1.1350 sebelum kembali membuat kenaikan menguji semula zon resistance yang masih belum berjaya untuk harga tembusi.

Lihat gambar chart EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda dan perhatikan juga paras tumpuan pada indicator Moshed Magic Line yang telah disediakan.

Paras support: 1.1333, 1.1310, 1.1293.

Paras resistance: 1.1373, 1.1390, 1.1413.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat