Isu Ini Buat Emas Hitam Kembali Tersepit!

362

Harga minyak melanjutkan penurunan pada hari Selasa, dihimpit oleh kebimbangan terhadap risiko permintaan ketika kebanyakan negara Eropah menghentikan sementara vaksinasi Covid-19.

Jerman, Perancis dan Itali merancang untuk menangguhkan penggunaan vaksin AstraZeneca susulan laporan mengenai kemungkinan kesan sampingan yang serius dialami oleh penerima vaksin.

Bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan kes tersebut tidak mempunyai kaitan dengan vaksin berkenaan dan menggesa supaya negara tidak menangguhkannya.

AstraZeneca juga mengatakan tidak ada bukti yang menunjukkan vaksinnya akan memberi kesan sampingan.

Niaga hadapan minyak mentah Brent kembali diniagakan susut pada $68.48 setong selepas menyentuh harga $70 pada hari Isnin, sementara WTI Amerika Syarikat pula merosot ke sekitar harga $65 setong.

Sementara itu, pasaran kini menantikan penerbitan data inventori minyak mentah Amerika Syarikat oleh Instituti Petroleum Amerika (API) yang akan melaporkan tahap bekalan minyak mentah AS. Pasaran menjangkakan terdapat kenaikan pada minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat