Isu Kempimpinan Theresa May Beri Kesan Pada Matawang Sterling, US Dolar Kekal Stabil

42

Matawang U.S dolar didagangkan stabil dalam pasaran Asia pada hari Selasa berikutan peningkatan hasil bon U.S. Manakala matawang sterling menyusut disebabkan keyakinan pasaran terhadap kepimpinan Perdana Menteri Theresa May semakin memudar.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain kekal stabil 0.00% setakat jam 10.00 pagi kepada 94.00.

US dolar juga mengukuh berbanding matawang yen sebanyak 0.04% kepada 113.65. Namun paras ini masih dibawah paras tertinggi 8 bulan lalu iaitu pada 114.735.

Menurut penganalisis, pengukuhan US dolar didukung oleh peningkatan hasil bon US namun pengukuhan itu masih lagi terbatas.

Jika jangkaan kenaikan kadar faedah pada bulan hadapan semakin tinggi, US dolar berkemungkinan akan terus mengukuh lagi.

10 tahun hasil bon meningkat sebanyak 2.405% daripada hasil dagangan dalam pasaran Asia pada hari ini.

Matawang Euro mengukuh sedikit berbanding US dolar sebanyak 0.03% kepada $1.1672.

Matawang sterling menunjukkan penyusutan pada awal pagi Selasa sebelum mengukuh sedikit sebanyak 0.04% kepada 1.3122 berbanding US dolar.

Penyusutan ini berikutan tekanan politik terhadap perdebatan antara pembuat dasar UK berkenaan pelan kerajaan untuk keluar daripada zon Eropah.

Tumpuan pasran pada ketika ini ialah pada rundingan komunikasi Bank Pusat yang akan dikelolakan oleh ECB. Barisan pengacara terdiri daripada ketua bank bank pusat Eropah, US, UK dan Jepun.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat