Isu Lebihan Bekalan Masih Mendatangkan Kebimbangan Kepada Komoditi Hitam

43

Harga minyak mentah menyusut pada hari Rabu apabila data anggaran industri AS menunjukkan peningkatan dalam inventori minyak mentah.

Minyak mentah untuk penghantaran Disember jatuh 0.17% kepada $45.73 setong. Brent mentah juga menunjukkan penyusutan sebanyak 0.11%.

Institut Petroleum Amerika (API) berkata bahawa inventori minyak mentah meningkat 3.65 juta tong minggu lepas. Dalam masa yang sama, inventori petrol mencatatkan sedikit penurunan sementara inventori sulingan dicatat melonjak sebanyak 3.0 juta tong.

Data rasmi pula akan dikeluarkan oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga hari ini.

Semalam, harga minyak melonjak lebih tinggi selepas prospek pembekuan bekalan terus mempengaruhi pasaran minyak dunia.

Menurut sumber Bloomberg, beberapa ahli OPEC juga akan berbincang pada saat akhir bagi menggesa persamaan pendapat dalam mesyuarat akan datang.

Dalam mesyuarat yang diadakan pada September, kumpulan ini telah mencapai persetujuan untuk mengehadkan output kepada 32.5 juta hingga 33.0 juta tong sehari. Pun begitu, keputusan muktamad hanya akan diketahui di Vienna pada 30 November nanti.

“Saya Tidak Nampak Sebarang Kepentingan Untuk Mengkritik Pemilihan Trump Sebagai Presiden AS yang Baru!” : George W. Bush

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat