Isu Nexo Kucar-Kacirkan Parlimen Bulgaria!

34

“Dah kalah terima je la hakikat tak payah nak salahkan pihak lain pula.”

Pergaduhan tercetus apabila parti politik terkemuka di Bulgaria, GERB yang merupakan parti memerintah antara tahun 2009 hingga 2021, mendakwa syarikat pemberi pinjaman mata wang kripto Nexo memberi sumbangan besar terhadap Democratic Bulgaria dan We Continue the Change.

Namun, kebanyakan ahli parlimen berpandangan GERB bertindak sedemikian berikutan ingin menghalang kedua-dua parti pesaingnya itu daripada membentuk kerajaan.

Meskipun begitu, pejabat Nexo telah diserbu oleh pihak berkuasa Bulgaria atas kesalahan pengubahan wang haram dan masalah ini akan memberi peluang kepada GERB untuk memburukkan lagi reputasi syarikat itu.

Nexo dilaporkan telah membawa kes itu ke mahkamah susulan syarikatnya mematuhi semua dasar anti-pengubahan wang haram, jadi mengapa pendakwa raya menuduhnya tanpa sebarang bukti kukuh.

Menurut ahli parti GERB, lima pekerja Nexo masing-masing telah menderma sebanyak 20,000 BGN kepada Democratic Bulgaria pada Oktober 2021 manakala dua pekerja lagi turut memberi sumbangan sama dalam beberapa hari kemudian.

Rentetan itu, Pemimpin Democratic Bulgaria, Hristo Ivanov mengakui pihaknya menerima sumbangan daripada pekerja Nexo tetapi beliau tidak melihatnya sebagai kesalahan ekoran urus niaga itu didaftarkan secara terbuka dan dilaporkan kepada Pejabat Audit.

Sementara organisasi Borisov dan ahli elit politik Bulgaria pula menuduh bekas Menteri Kewangan Asen Vasilev mempunyai kaitan dengan Nexo susulan sebelum ini beliau berkata akan bekerjasama dengan bank pusat dan syarikat kripto untuk lancarkan pembayaran aset digital.

Disebabkan itu, Vasilev menolak sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan menyangkal kenyataan yang menuduhnya bersembunyi di pulau tidak diketahui.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat