Isu Nuklear Korea Utara Perlu Diselesaikan Melalui Rundingan – Lu Kang, Menteri Luar Negeri China

64

Pada 26 September yang lalu, jurucakap Menteri Luar Negeri China, Lu Kang menegaskan bahawa isu nuklear Korea Utara ini perlu di selesaikan melalui rundingan, bukan dengan tindakan ketenteraan.

“China selama ini sudah lama menanam matlamat untuk menghentikan persenjataan nuklear di wilayah Korea serta melindungi sistem anti penambahan nuklear antarabangsa” jelas beliau dalam sidang media 2 hari yang lalu.

Lu Kang juga berkata China bersungguh-sungguh dalam gerak kerja mereka untuk melindungi keamaan dan kestabilan serantau Korea, dan akan cuba membawa satu resolusi aman untuk isu nuklear ini melalui dialog dan rundingan.

Beliau percaya bahawa tindakan ketenteraan bukanlah satu pilihan yang bijak untuk menyelesaikan isu ini. Hal ini kerana, ketenteraan tidak dapat mendekatkan jurang perbezaan dan hanya akan membawa malapetaka yang lebih besar.

“Tiada mana-mana pihak akan bersetuju dengan hal ini”, tambah beliau lagi.

Negara China yang juga merupakan rakan kongsi Korea Utara berharap agar semua pihak dapat mengelak daripada mengeluarkan sebarang provokasi melalui ucapan mahupun tindakan yang mana boleh mengeruhkan lagi keadaan dan mempercepatkan lagi ketegangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat