Isu Perdagangan China-US, China Tidak Mahu Menyerah

700

China tidak akan menyerah terhadap ancaman daripada US, kata seorang pegawai kerajaan China, beberapa jam sebelum rundingan tersebut itu dijalankan. Rundingan tersebut itu bermula pada hari Khamis dengan bersama delegasi pentadbiran Trump.

Pegawai tersebut mengatakan, kerajaan China tidak akan menerima apa-apa pra-syarat rundingan seperti menghentikan misi sektor pembuatan jangka masa panjang mereka ataupun mengurangkan jurang perdagangan sebanyak $100 billion.

Pentadbiran Trump pada minggu ini telah mengurangkan jangkaan mereka sambil mengatakan bahawa rundingan ini mungkin mengambil masa yang singkat jika tidak ketemu titik temu antara kedua-dua belah pihak.

China memiliki sistem politik yang unik dan mengamalkan pimpinan terpusat. China tidak akan berkompromi terhadap tumpuan utama mereka dan bersedia terhadap apa-apa kemungkinan yang berlaku.

Penasihat ekonomi President Xi Jinping, Liu He akan memimpin delegasi rundingan pada hari Khamis dan Jumaat ini bersama dengan Setiausah Kewangan US, Steven Mnuchin, setiausaha perdagangan, Wilbur Ross, wakil perdagangan, Robert Lighthizer dan penasihat White House Larry Kudlow dan Peter Navarro.

Ketegangan antara 2 ekonomi besar telah semakin memuncak berikutan US mengharamkan jualan teknologi Amerika yang penting kepada syarikat telekomunikasi ZTE Corp dan mungkin selepas ini syarikat Huawei.

Xi mengatakan pada hari Rabu, China mesti menguasai beberapa teknologi penting dan lebihkan untuk bergantung pada inovasi domestik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat