Isu Serangan Tembakan Oleh Amerika – Iran Nafi Kehilangan Sebarang Dron

759

Perkembangan terbaru berhubung serangan oleh kapal perang amfibia milik Amerika Syarikat yang menembak jatuh dron dipercayai milik Iran kini mendapat respon balas dari Iran.

Timbalan Menteri Luar Iran, Seyed Abbas Araghchi menerusi kenyataan yang dipaparkan pada media akaun sosial Twitter beliau menyatakan, Iran tidak kehilangan sebarang dron di Selat Hormuz atau di mana-mana tempat.

Tambah beliau lagi, berkemungkinan kapal perang Amerika Syarikat, USS Boxer telah menembak dron milik Amerika sendiri secara tidak sengaja.

Seyed Abbas berkata bahawa beliau sememangnya tidak mempunyai pengalaman dalam operasi ketenteraan, namun berkemungkinan insiden tembakan dron yang dilaporkan itu adalah tidak disengajakan oleh kesilapan Amerika Syarikat sendiri.

Jika tidak benar, ini menunjukkan penafian Iran terhadap tindakan ancaman tersebut dengan tidak berdiam diri daripada amaran Amerika Syarikat.

Jadi, apakah kebenaran di sebalik kejadian tersebut? Adakah tentera laut Amerika Syarikat membuat kesilapan dalam tindakan mereka atau sebaliknya?

Apa yang menjadi kepastian adalah ketegangan kedua-dua negara tersebut terus meningkat ekoran berterusan timbul isu ancaman demi ancaman antara satu sama lain.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat