Isu ‘Tapering’ Bergema Lagi, Ini Sebab Pelabur Emas Kena Waspada

812

Logam kuning emas diniagakan lebih rendah pada hari Rabu ketika pasaran mengambil pendekatan berhati-hati menjelang pengumuman dasar monetari FOMC pada awal pagi Khamis.

Pada sesi Asia, spot emas diperdagangkan di sekitar harga $1,855 per auns, sementara niaga hadapan emas pula stabil pada $1,856 per auns.

Hasil perbendaharaan AS 10 tahun meningkat lebih tinggi menghampiri tahap 1.5%, sekali gus menyokong dagangan US dolar untuk menguat berbanding kebanyakan matawang utama.

Semua mata kini tertumpu kepada Federal Reserve (Fed), dengan Pengerusi bank pusat Jerome Powell dijadualkan untuk bercakap selepas pengumuman dasar monetari berikutan kenaikan inflasi baru-baru ini.

Walaupun bank pusat dijangka akan terus mengekalkan kadar faedahnya sehingga 2023, namun terdapat jangkaan bahawa perbincangan mengenai pengurangan pembelian bon bulanannya (tapering) akan tercetus.

Peningkatan dalam indeks harga pengeluar yang diterbitkan pada sesi sebelum ini, menunjukkan bahawa terdapat tekanan kenaikan harga, di mana pengeluar terpaksa meningkatkan kos pengeluaran bagi memenuhi permintaan yang kuat. Ini menandakan inflasi terus meningkat.

Bagaimanapun, bacaan data jualan runcit AS yang mengecewakan mungkin akan menyebabkan Fed kekal dovish. Susulan itu, pelabur lebih berhati-hati sebelum meletakkan posisi terhadap emas.

Penjualan runcit tanpa dijangka telah menunjukkan penurunan, berikutan perbelanjaan pengguna beralih kepada perkhidmatan daripada barangan pada bulan Mei.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat